Ahad, 11 Disember 2016

Nasi hujan panas

Bahan bahan:

  • 3cawan beras basmathi~rendam dahulu 20minit,kemudian cuci dan toskan.
  • 1sudu besar minyak sapi
  • 1sudu butter
  • 2 1/2 cawan air
  • 1cawan susu cair
  • Pewarna merah,hijau dan kuning telur
  • 10gm bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Rempah tumis:
  • 1kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 4biji cengkih
  • 3biji pelaga
  • 1helai daun pandan disimpul
~bahan ini digoreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu~
  • 10gm badam
  • 10gm kismis
  • 10gm gajus
Bahan kisar:
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak sapi dan butter,tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau harum.
  2. Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak.
  3. Tambahkan susu cair,air dan garam secukup rasa kacau rata.
  4. Masukkan nasi kemudian masukkan badam,gajus dan kismis gaul rata.
  5. Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi dah masak ambil chopstik dan lubang-lubangkan.
  7. Masukkan sedikit pewarna di dalam setiap lubang.
  8. Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar,kemudian gemburkan nasi.